• Home
  • Health

Herba Dan Jamu Yang Bagus Untuk Ibu Berpantang

ibu berpantang

Setelah penat mengandung selama sembilan bulan kemudian melalui proses bersalin pula, tentu si ibu berpantang berasa letih dan lenguh badan. Oleh sebab itu, masyarakat Melayu tradisional telah menyusunkan penjagaan berpantang untuk mengembalikan kekuatan tenaga si ibu berpantang.

Amalan berpantang bukan sahaja penting untuk mengelakkan si ibu daripada terkena penyakit selepas bersalin seperti bentan, meroyan dan lemah rahim. Malah berpantang dapat membantu melancarkan proses penyusuan bayi. Banyak peraturan dan larangan telah disusun seperti menjaga pemakanan, berbengkung serta larangan mandi air sejuk.  Selain itu, makan jamu juga menjadi sebahagian daripada amalan berpantang. Ramai juga yang telah menjadi stokis jamu selepas rasai kelebihan memakai jamu selepas bersalin.

Herba Dan Jamu Yang Bagus Untuk Ibu Berpantang

Kalau korang sedang membuat persiapan berpantang, mesti pening nak pilih jamu apa dan bagaimana cara pengambilannya, kan? Di sini kami kongsikan beberapa herba terpilih yang sesuai untuk diamalkan sebagai jamu untuk ibu berpantang.

1. Manjakani

Manjakani memang terkenal untuk membantu kesihatan dalaman wanita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin. Quercetin dalam manjakani membantu untuk merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Ia juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas.

Jika diamalkan secara berterusan, manjakani dapat menguatkan faraj wanita dan menganjalkan payudara disebabkan sifatnya yang membantu untuk menguatkan dan mengetatkan otot. Disebabkan itu, manjakani juga terkenal sebagai herba yang dapat membantu merapatkan hubungan suami isteri walaupun ibu berpantang.

2. Lada Hitam

ibu berpantang

Lada hitam dapat memanaskan badan, dan mengelakkan sembelit. Sifat karminatif dalam lada hitam dapat menghangatkan badan dan membuang gas dalam perut dan usus. Ini dapat mengelakkan masalah angin dan sejuk-sejuk badan yang boleh menyebabkan bentan angin. Lada hitam juga menggalakkan peluh dan pembuangan air kecil. Jadi, ibu berpantang tak risau kencing tak lawas sambil dapat membuang toksik dalam badan melalui peluh.

Selain itu, lada hitam juga membantu untuk pecahkan lemak dan buang air berlebihan dalam badan. Ramai ibu selepas bersalin sering mengalami masalah lemak berkumpul di bahagian perut. Makan lada hitam boleh menjadi sebahagian daripada ikhtiar untuk menguruskan badan. Tak adalah perut meggeleber selepas bersalin bagi ibu berpantang.

3. Halia

ibu berpantang

Kalau ibu berpantang risau selalu masuk angin sebab dah biasa tidur dalam aircon, amalkan minum air halia untuk membuang angin dalam badan dan bantu untuk hangatkan badan. Masalah kembung perut, pedih ulu hati dan sakit kepala pun akan hilang lepas minum air halia. Bukan itu saja, halia juga boleh membantu untuk menghalang kedutan kulit.

Banyak lagi khasiat halia termasuklah membantu penghadaman, menghilangkan bau mulut dan kahak, serta menambah tenaga dan kurangkan sakit pinggang. Jadi ibu bolehlah mengangkat dan membawa bayi berjalan sekeliling rumah. Bila dah 2 minggu terperuk di bilik, mesti nak ambil angin sambil buat senaman ringan untuk cepat sembuh.

4. Jamu Kunyit Asam

ibu berpantang

Air campuran kunyit dan asam jawa memang bagus untuk melancarkan perjalanan darah. Ia dapat melawaskan darah nifas supaya tidak keluar berketul-ketul. Bagi ibu berpantang yang menjalani pembedahan C-section pula boleh elakkan darah beku dalam badan.

Bila perjalanan darah lancar, badan pun akan kurang rasa lenguh dan boleh elakkan masalah kebas kaki. Selain itu, minuman jamu kunyit asam juga boleh mengeringkan lendiran faraj yang berlebihan dan elakkan keputihan serta kegatalan faraj.

Jamu kunyit asam jawa bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah boleh elakkan masalah jerawat dan cantikkan kulit. Kalau ibu perhatikan selepas bersalin, mesti kulit terasa kusam dan kasar, kan? Dengan vitamin C yang tinggi dalam air kunyit asam, boleh jadikan kulit ibu semakin halus dan nampak berseri-seri mengalahkan anak dara.

Masih pening kepala nak makan jamu apa selepas bersalin? Cubalah jamu Kraton Asli. Dengan lada hitam, halia bara, kunyit serta daun sinom, boleh elakkan kebas-kebas dan sakit sendi selepas bersalin. Campuran madu dan mangga dalam Kraton Asli pula menjadikan jamu ini sedap dan manis, sesuai untuk diminum setiap hari.  Ibu berpantang tak perlu risau tentang diabetes sebab campuran dalam jamu ini ada kesan antidiabetes.

Ibu berpantang boleh dapatkan jamu Kraton Asli dengan hubungi kami atau klik butang di bawah.

Walaupun dunia perubatan kini sudah moden, amalan berpantang dan makan jamu amat penting untuk meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran. Walaupun amalan berpantang ini nampak leceh dan merimaskan tetapi kalau diikuti dengan teratur akan memberikan kesan positif yang berpanjangan terhadap kesihatan. Jangan sampai ubat menjadi makanan seharian kita tapi jadikanlah makanan seharian kita sebagai ubat yang dapat menjamin kesejahteraan hidup kita.

Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!