• Home
  • Health

Jana Pendapatan sebagai Stokis Jamu bersama Kraton Archers

stokis

Adakah korang berminat nak mulakan perniagaan kecil-kecilan menjadi stokis tapi tak tahu bagaimana nak bermula? Korang berminat nak jadi stokis produk dan jual secara online? Atau korang nak buat pendapatan tambahan dengan menjual produk minuman kesihatan? Dan nak buat duit dari rumah?

Ha, korang bolehlah mulakan perniagaan dengan menjadi stokis jamu bersama Kraton Archers. Lebih-lebih lagi untuk korang yang memang minat dengan minuman Jamu nusantara. Banyak faedah kalau korang mendaftar menjadi Kraton Archers tau.

Nak tahu apa itu Kraton Archers dan tips menjadi stokis yang berjaya? Baca lebih lanjut di bawah.

Apa itu Kraton Archers?

Kraton Archers ialah Program Perniagaan di bawah syarikat Kraton yang menyasarkan penjualan minuman Jamu berasaskan ramuan herba nusantara seperti lada hitam, daun sinom, halia bara dan kunyit asam. Korang boleh mendaftar Kraton Archers dan menjadi stokis produk jamu Kraton. Kraton ada menawarkan pelbagai diskaun ejen stokis dan membantu korang untuk melancarkan perniagaan sebagai stokis jamu Kraton.

Sebagai seorang stokis, korang adalah wakil berdaftar kepada sesebuah company, contohnya seperti Kraton, untuk menjual produk mereka. Stokis akan menyimpan stok dalam kuantiti tertentu dan menjualnya samada di kedai mahupun dari rumah mereka. 

3 Tips menjadi stokis yang berjaya

Kalau korang mempunyai modal yang besar, korang boleh buat sebuah kedai berasaskan produk jamu dan makanan kesihatan. Lepas itu, bolehlah letakkan produk Kraton di kedai korang dan tarik ramai pembeli. Kalau korang nak berniaga secara online pun korang boleh jenamakan kedai  online korang sebagai tempat untuk mencari dan order barangan kesihatan.

1. Kongsikan tentang kelebihan produk

stokis

Sama ada korang menjual secara online atau secara fizikal,  korang boleh mempelajari lebih lanjut dan kongsikan tentang kebaikan dan khasiat daripada produk yang korang jual itu. Contohnya, khasiat lada hitam. Semakin banyak korang ceritakan tentang produk korang, semakin banyak orang akan percaya dan yakin dengan kedai korang.

2. Beri diskaun berpatutan

stokis

Untuk menarik lebih banyak pelanggan, ikutilah program-program promosi seperti yang dianjurkan oleh pihak syarikat. Selalunya, pihak syarikat bersama team marketing dah rancangkan plan yang sesuai untuk pelanggan sasaran produk mereka.

Di samping itu, stokis boleh juga meletakkan diskaun peribadi.  Ini kerana stok yang diperolehi diberikan kepada stokis dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Jadi kalau ada saudara-mara atau sahabat yang sering melanggan produk jamu dengan korang, korang bolehlah berikan lebih  banyak diskaun supaya diorang seronok untuk terus membeli produk jamu dengan korang.

3. Berhubung dengan pihak pengeluar

stokis

Sebagai stokis produk, korang bertanggungjawab untuk menjaga nama baik company. Sementara itu, pihak company akan menjaga kebajikan stokis dalam memastikan kualiti produk terjaga serta membantu menyediakan bahan marketing dan promosi untuk melancarkan perniagaan para stokis.

Kalau korang ada masalah atau cadangan, korang boleh reach out dan hubungi pihak syarikat kemudian bincang dengan mereka. Lebih-lebih lagi dengan admin Kraton, memang suka untuk melayan idea korang supaya boleh melebarkan lagi perniagaan jamu Kraton di Malaysia.

Siapa yang sesuai join Kraton Archers?

Kraton Archers mengalu-alukan sesiapa yang ingin berjina-jinak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau ingin menambah pendapatan dan buat side income dari kalangan suri rumah, pekerja kerajaan atau swasta serta peniaga online.

Kalau korang mempunyai modal yang besar, korang juga boleh mendaftar sebagai Kraton Distributor dan menjadi pengedar produk Kraton Asli. Mereka yang memiliki kedai runcit berasaskan barangan kesihatan juga boleh mendapatkan stok produk Kraton dan menjadi Kraton Distributors.

Kenapa perlu memilih Kraton Archers?

Mesti korang terfikir, di luar sana ada banyak pengeluar minuman jamu, jadi kenapa memilih produk Kraton? Produk Kraton adalah produk yang selamat dan berdaftar dengan KKM. Ia telah diuji di bawah piawaian SIRIM dan terbukti berkesan untuk melegakan masalah sendi dan memberi kesan antidiabetes.

Jadi, korang boleh syorkan produk jamu Kraton kepada saudara-maradan kawan-kawan  yang sering mengadu sakit-sakit sendi pada kaki dan pinggang. Kalau ada kenalan yang mempunyai  risiko masalah diabetes dalam keluarga mereka boleh juga syorkan kepada mereka untuk mencuba produk jamu Kraton sebagai ikhtiar.

Bagaimana nak join Kraton Archers?

buat duit dari rumah

Untuk menjadi team Kraton Archers, korang boleh mendaftar di Kraton Royal Club. Dengan minimum pembelian stok 12 botol jamu Kraton Asli, korang boleh mula berniaga sebagai stokis jamu Kraton kepada saudara mara dan kenalan-kenalan. Korang akan mendapat keuntungan 30% daripada setiap botol jamu yang dijual. 

Jangan risau, copywriting, fliers dan iklan digital marketing akan disediakan oleh pihak Kraton. Jadi korang tak perlu susah-susah perah otak nak tulis iklan. Korang bukan sahaja dapat buat side income dengan jamu Kraton tetapi mungkin jadi second income tetap untuk menaikkan taraf hidup korang. 

Kalau korang mempunyai duit lebih, kelengkapan dan kemampuan, Kraton juga mencari Kraton Distributors sebagai pembekal jamu Kraton di kawasan tempat tinggal korang. Berminat untuk menjadi sebahagian daripada Kraton Archers? Klik kolum Kraton Archers dan daftar sekarang. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!